Monday, April 12, 2010

Sajak Pagi Untuk Pemuda

Senyuman pertama pagi ini,
Tanda syukur pada Ilahi,
Kesempatan dan peluang masih diberi,
Untuk menjadi hambaNya yang berbakti.

Lihatlah dunia indah permai,
Tiupka angin-angin damai,
Dari bibirmu pada manusia ramai,
Hidupkan harapan yang pecah berkecai.

Hiruplah udara segar,
Agar nafas terlepas terasa bugar,
Bicarakan kata-kata berjiwa besar,
Mendengarkanmu sahaja buat mereka terpanar.

Bangkit-bangkit jiwa muda,
Bangkit-bangkit jiwa mudi,
Kita golongan pengubah suasana,
Kita bakal pencetus reformasi.

cebu

Monday, April 5, 2010

Kenangan

Setiap yang kita impikan tidak selalunya indah.

Kesunyian mengajar kita hidup berdikari.

Tangisan adalah kasih sayang.

Namun 1 yang kita akan ingat seumur hidup iaitu kenangan.

Semoga ukhwah kita akan menjadi kenangan terindah.

Ikram

Open Your Eyes - Maher Zain